For More Info, Call :

011-15685616

Tips Mengurangkan Cukai Pendapatan

Setiap individu wajib membayar cukai pendapatan setiap tahun. Di Malaysia, tarikh tutup menghantar borang cukai untuk individu adalah pada 30 April. Cara pengiraan cukai pendapatan adalah dengan bermula dari mengira pendapatan tahunan dan mengurangkannya melalui pelepasan yang dibenarkan.

 

tax saving

 

Sebagai contoh, sekiranya pendapatan tahunan seseorang individu adalah RM100,000, orang tersebut boleh medapat pelepasan cukai melalui perbelanjaan seperti berikut :

 

  1. Perbelanjaan individu (RM9,000)
  2. Seorang anak (RM2,000 setiap anak)
  3. Potongan KWSP/insuran/takaful (maksimum RM6,000)
  4. Potongan zakat 2.5% (RM2,500)
  5. Belian buku (maksimum RM1,000)
  6. Simpanan pendidikan anak di SSPN (seorang anak maksimum RM3,000)
  7. Melanjutkan pelajaran peringkat Master atau PhD (maksimum perbelanjaan RM5,000 sekiranya ada)
  8. Pembelian barangan sukan (maksimum RM300)
  9. Perubatan untuk ibu bapa (pelepasan maksimum RM5,000 sekiranya ada)
  10. Pembelian komputer (RM3,000 maksimum dalam tempoh 3 tahun, hanya sekali dibenarkan)
  11. Medical check-up (maksimum RM500 sekiranya tiada penyakit kornik. Sekiranya ada, RM5,000)

 

Oleh itu, pendapatan RM100,000 setahun tadi telah dikurangkan kepada RM62,700 selepas medapat pelepasan seperti yang disenaraikan diatas. Anda boleh mengira berapa peratus yang anda kena bayar melalui link yang diberikan dibawah ini:

http://www.hasil.gov.my/bt_goindex.php?bt_kump=5&bt_skum=1&bt_posi=2&bt_unit=5000&bt_sequ=11

 

tax saving 2

 

Melalui jadual pengiraan yang diberikan oleh LHDN, pendapatan sebanyak RM62,700 tadi akan dikenakan cukai sebanyak RM2,400 (untuk RM50,000 yang pertama) + RM2,032 (16% x RM12,700) = RM4,432 jumlah yang kena bayar. Segala resit dan dokumen berkenaan dengan percukaian anda haruslah disimpan untuk tempoh 7 tahun kerana anda mungkin diaudit oleh LHDN suatu hari kelak. Untuk mengurangkan lagi cukai pendapatan anda, anda haruslah memaksimakan segala pelepasan yang dibenarkan dan membuat pengiraan berasingan antara suami dan isteri.

 

Diharap perkongsian mengenai cukai pendapatan ini dapat dipraktikkan pada 2017 nanti.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *