For More Info, Call :

011-15685616

Tips Kerja Dari Rumah

Kerja dari rumah adalah sesuatu yang tengah intrend sekarang. Ramai orang memilih kerja dari rumah kerana tidak terikat dengan jadual yang ketat sepertimana kerja di pejabat. Sebagai contoh, seorang ibu yang sibuk menjaga anak yang masih kecil boleh menyiapkan kerja-kerja pejabat semasa anaknya tidur atau ketika anaknya berada disekolah. Antara daya tarikan utama kerja dari rumah adalah masa yang flexible dimana kita yang menentukan kerja yang patut disiapkan terlebih dahulu. Disamping sibuk menyiapkan tugasan pejabat, kita juga boleh menguruskan rumah tangga dengan lebih teratur seperti menghantar dan mengambil anak ke sekolah, menjaga anak yang masih kecil dirumah, memasak dan mengemas rumah pada masa terluang.

 

 

Work-From-Home

 

Saya juga banyak menghabiskan masa berkerja dari rumah dan antara kelebihannya ialah saya boleh mula kerja seawal 6 pagi kerana tidak perlu memandu ke pejabat dan terperangkap dalam traffic jem. Saya juga tidak perlu bersiap-siap seperti gosok baju dan mandi terlebih dahulu untuk memulakan kerja saya. Apabila dirumah, pakaian yang dipakai adalah sangat santai dan selesa menyebabkan mutu dan penumpuan kerja lebih tinggi berbanding di pejabat. Segala kemudahan internet dan telefon pintar ada pada hampir setiap individu sekarang. Dengan kemudahan ini, setiap individu boleh berfungsi dan berkomunikasi dengan effektif seperti di pejabat. Sekiranya ada mesyuarat, perbualan melalui Skype juga boleh dijalankan dimana kita boleh berkomunikasi dengan rakan sejawat yang lain secara online. Dibawah ini disenaraikan kerja yang boleh dijalankan dirumah:

 

0625_workfromhome_630x420-scaled1000

 

1. BERNIAGA SECARA ONLINE

 

Berniaga online adalah sangat mudah dimana anda cuma perlu sebuah PC dan telefon pintar serta talian internet. Anda boleh mengiklankan produk atau servis anda melalui Google adwords, Facebook ads, Instagram ads atau Youtube dan tunggu panggilan atau email dari prospek anda. Kebiasaannya, perniagaan online adalah dari fb ads dimana anda memaparkan nombor telefon anda dan sekiranya ada orang yang berminat, mereka akan whatsapp anda.

 

Online-Business-Ideas

 

 

2. MENULIS BUKU ATAU BLOG

 

Menulis memerlukan ketenangan dan penumpuan yang tinggi. Sekiranya urusan keluarga tidak dapat diuruskan dengan baik, otak kita akan berserabut dan penumpuan akan kurang dan ia akan menyebabkan hasil penulisan merudum. Oleh itu, ramai penulis kebiasaanya terperap dirumah untuk menyelesaikan hasil penulisan mereka dan juga menguruskan rumah tangga mereka. Mereka hanya keluar untuk menghirup udara segar dan bersenam pada masa-masa tertentu sahaja. Oleh itu, adalah amat sesuai untuk seorang penulis memulakan kariernya dari rumah.

 

writer

 

 

3. PENYELIDIK (RESEARCHER)

 

Dizaman teknologi yang canggih ini, segala maklumat berada dihujung jari. Untuk mendapatkan maklumat dari sumber yang boleh dipercayai seperti Datastream, kita hanya perlu memuat turun data tersebut di PC kita dari mana-mana tempat kerana perkhidmatan tersebut disediakan atas talian 24 jam sehari. Walau bagaimana pun, anda harus mempunyai akses untuk memuat turun data tersebut. Untuk mengkaji data pula, anda memerlukan software kajian seperti SPSS atau eviews yang mana ia juga boleh di muat naik ke PC anda untuk digunakan menterjemah data yang telah anda kumpul.

 

researcher

 

 

4. PENTERJEMAH

 

Kerja penterjemah adalah lebih mudah dizaman serba canggih ini dimana anda boleh mengunakan Google Translate untuk membantu anda menterjemah ke bahasa yang anda kehendaki. Google Translate menyediakan lebih dari 100 bahasa untuk membantu anda menterjemah bahasa yang anda kehendaki. Segala kerje penterjemahan ini boleh dilakukan dirumah dimana anda menentukan masa yang sesuai untuk bekerja.

 

 

5. AKAUNTAN DAN ARKITEK

 

Kerja professional seperti akauntan atau arkitek juga boleh dilakukan di rumah dizaman teknologi atas talian ini. Segala informasi boleh di scan dan dihantar melalui email dari rumah. Anda cuma perlu membeli printer yang mempunyai fungsi scan yang berharga dalam lingkungan RM300 untuk memulakan perniagaan professional ini. Segala urusan pembayaran juga boleh dibuat melalui perbankan internet tanpa memerlukan kehadiran fizikal anda.

 

Ada banyak lagi kerja-kerja yang boleh dijalankan dari rumah dan kebanyakan syarikat sekarang membenarkan pekerjanya bekerja dari rumah untuk mengelakkan pekerja tersebut dari berhenti.

.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *