For More Info, Call :

011-15685616

Perniagaan Online Yang Intrend

Perniagaan online atau atas talian adalah sangat rancak di zaman internet ini. Banyak cara yang boleh dilakukan untuk menjana pendapatan sampingan atau sepenuh masa dengan mudah melalui internet. Di Malaysia sendiri, telah lahir ramai jutawan-jutawan muda yang berusia dalam lingkungan 20an kerana perniagaan online.

 

 

Online-Business

 

 

Pelbagai platform telah disediakan di talian oleh syarikat-syarikat besar untuk memudahkan generasi Y menjalankan perniagaan online. Sebagai contoh, Paypal menyediakan platform pembayaran dan penerimaan wang diperingkat antarabangsa. Manakala media social seperti Facebook dan Google + menyediakan ruang untuk berinteraksi dan berniaga melalui online. Enjin pencarian seperti Google dan Yahoo juga merupakan platform yang sangat penting untuk berniaga atas talian kerana kebiasaannya, pengguna mencari maklumat di enjin pencarian dan dalam masa yang sama, enjin pencarian tersebut akan “mencadangkan” syarikat atau individu yang mampu menyediakan perkhidmatan/barangan yang diperlukan. Sekiranya anda ingin menjalankan perniagaan online, dibawah ini disenaraikan platform yang intrend dan terkini untuk anda.

 

 

1. FACEBOOK 

.

Facebook merupakan media social yang sangat popular dewasa ini. Hampir semua pengguna internet mempunyai akaun Facebook. Selain berinteraksi dengan 5,000 kawan melalui akaun peribadi, Newsfeed yang disajikan oleh Facebook juga merupakan elemen penting untuk pengguna dimana pengguna dapat mengetahui berita terkini mengenai perkara yang diminati melalui Newsfeed. Pengiklanan berbayar juga muncul di Newsfeed pengguna Facebook. Melalui tektik dan teknik yang betul, kita boleh menggunakan medium Facebook untuk menjana pendapatan tanpa perlu membayar. Sebagai contoh, kita boleh menjual terus kepada 5,000 kawan kita di Facebook dengan memuat naikkan gambar iklan barang yang dijual di akaun Facebook peribadi kita dan ia akan muncul sebagai Newsfeed di dinding Facebook rakan-rakan kita.   

.

.

Facebook-create

.

.

2. INSTAGRAM

.

Instagram adalah satu lagi medium social yang sangat popular dewasa ini. Kebanyakkan generasi muda belasan tahun hanya mempunyai akaun instagram sebagai medium social mereka di talian. Ini kerana Instagram menumpukan kepada gambar daripada perkataan. Satu gambar boleh menggambarkan seribu perkataan dan satu video pula boleh mengambarkan sejuta perkataan. Kerana itulah generasi muda sangat tertarik dengan Instagram. Sekiranya anda ingin menjual di Instagram, penekanan gambar dan video yang cantik adalah sangat perlu supaya ranking gambar dan video tersebut naik dan menjadi viral di media social. 

.

instagram

.

3. AMAZON & EBAY

.

Anda juga boleh menjual barangan anda di Amazon atau eBay. Pasaran Amazon dan eBay adalah satu dunia dan pelanggan mereka melangkaui 1 billion pengguna internet. Anda boleh membeli dengan harga yang rendah sekali dari Alibaba dan menjualnya di Amazon atau eBay. Anda boleh membeli secara pukal dari Alibaba dan menyimpan stok anda dengan Amazon atau eBay. Mereka akan menghantarkan terus barangan tersebut kepada pelanggan anda setelah mendapat arahan dari anda. Dengan cara ini, anda tidak perlu memikirkan hal berkaitan gudang untuk penyimpanan stok anda.  Anda juga boleh meminta Alibaba mencipta logo dan brand anda sendiri. Dengan ini, barang yang anda jual akan ada kelainan dan keistimewaan tersendiri.

ebay

4. GOOGLE

.

Google merupakan enjin pencari yang paling popular di internet.  Pengguna internet menggunakan Google untuk mencari segala jenis maklumat dan dalam masa yang sama, Google akan mencadangkan syarikat anda sekiranya anda melanggani Google Adwords dan memilih kata kunci (keywords) yang berkaitan.  Pengiklanan melalui Google adalah jauh lebih murah dan efektif berbanding cara tradisional seperti mengiklan di majalah atau surat khabar. Ini kerana penggunaan keywords membolehkan penapisan pencarian oleh robot Google untuk memastikan hanya mereka yang berminat dengan perkataan tertentu sahaja akan menyebabkan iklan syarikat anda muncul.

.

.

google-adwords-logo

  

5. YOUTUBE

.

Anda boleh menjana pendapatan yang banyak sekiranya anda mempunyai koleksi Youtube seperti Michelle Phan atau PewDiePie. Ramai yang menonton Youtube mereka kerana ianya menarik dan berkaitan dengan minat masing-masing. Michelle Phan “niche market” adalah make-up dan kecantikan kulit manakala Pew DiePie adalah pakar video games. Mereka mempunyai pengikut tersendiri dari seluruh pelusuk dunia dan pengikut-pengikut ini akan sentiasa tertunggu-tunggu post mereka yang terbaru setiap minggu. Selain membrandkan diri sendiri (personal branding), mereka juga boleh mengiklankan produk yang dijual di laman Youtube mereka. 

.

.

AoQthRY_

.

.

Sekian dahulu setakat ini dan diharap anda mendapat idea-idea baru melalui perkongsian perniagaan online kali ini.

.

.

.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *