For More Info, Call :

011-15685616

Pengalaman Sebagai Accountant (CPA)

Nama saya Ahmad Munir Abdullah, seorang akauntan bertauliah atau dalam bahasa Inggeris Chartered Public Accountant (CPA). Saya juga ahli kepada Malaysian Institute of Accountant (MIA). Saya adalah pemilik syarikat SM Empire Consulting Sdn Bhd, firma perakaunan yang tengah berkembang. Alhamdulillah hidup saya sekarang agak selesa dengan segala kehendak dan keperluan dapat dipenuhi. Dahulu, hidup saya bukan bermula dengan senang-lenang seperti sekarang, tapi penuh dengan kepayahan.

 

madinah

 

Bayangkan, sebagai graduan daripada Universiti Islam Antarabangsa, kursus perakaunan, saya ingatkan permulaan hidup saya akan cerah. Rupanya tidak. Saya bermula sebagai pegawai audit luar disebuah firma dengan gaji permulaan sebanyak RM800 pada tahun 2001. Mana cukup nak hidup dengan gaji RM800. Tolak sewa rumah RM150 (duduk ramai-ramai), bayar minyak motor kapcai RM100, bayar handphone RM100,  makan, minum dan pakaian RM400, baki untuk kecemasan RM50.

 

kapcai buruk

Motor Kapcaiku Pada Era Struggle

 

Dah la gaji ciput, kerje bukan main banyak. Keluar pergi kerje awal-awal pagi, balik rumah dah dekat tengah malam. Setiap hari rutin macam tu je. Tak pernah nampak matahari kecuali hujung minggu. Kebanyakkan hujung minggu pun dihabiskan di pejabat. Betapa sengsaranya hidup ketika itu. Jiwa saya pada masa itu sangatlah memberontak dan kusut. Saya salahkan semua orang lain diatas kesusahan hidup saya. Saya salahkan mak ayah saya kerana tak memberi tunjuk ajar kearah jalan yang lebih senang (walhal mak dan ayah saya tak tahu pun pasal kerje atau pelajaran saya sbb mereka belajar sekolah pondok je dulu). Saya salahkan ex-gf kerana dia yang menyebabkan saya asyik dalam kerunsingan dan sedih. Saya salahkan bos kerana dia tak memberi gaji yang tinggi seperti yang saya kehendaki. Saya salahkan rakan-rakan kerana mereka hanya tahu mengambil kesempatan dan selalu menganjing saya bila saya susah. Ketika itu semuanya nampak negative. Betapa jauhnya saya dengan Allah ketika itu. Kalau saya mati ketika itu, rasanya susah timbangan saya di alam akhirat.

 

Dalam kebuntuan, saya cuba keluar daripada kesusahan hidup dengan apply kerje tempat lain. Oleh kerana baru kerje beberapa bulan, susah nak cari kerje tempat lain kerana semua tempat inginkan “minimum 2 years working experience”. Peehhh…Takkan kena tunggu tempat mcm neraka ni lagi 2 tahun, bisik hati kecil saya. So, saya cuba la apply ambik master. Saya pergi jumpa lecturer UIA, dan tanya dia condition nak ambik master kat UIA. Lecturer tu reply, at least CGPA 3.2 keatas. Mana nak dapat CGPA tinggi macam tu sebab CGPA saya cukup-cukup makan je (maklum la time belajar dulu asyik tak focus jer). Lepas tu, saya terjebak lagi dalam satu kesusahan dimana ada pulak orang yang saya sangat respect ajak masuk MLM Shaklee. Semasa dia explain berkenaan dengan konsep dan produk Shaklee, saya terus terperangkap. Dah la kerje susah, terjebak pula dengan MLM. Saya laburkan beberapa ribu ringgit (duit pinjam dari Angah). Macam yang dijangka, dengan aura penuh negative, duit yang dilaburkan terus lebur. Diri saya semakin jauh dari Allah. Takde keinsafan tetapi penuh dengan perasaan marah dan dendam. Hampir dua tahun hidup saya berterusan negative.

 

tabung-masjid

 

Kemudian, pada suatu hari, saya pergi solat Jumaat dan time tengah dengar khutbah tu, kotak derma lalu depan saya. Saya keluarkan seringgit dan masukkan dalam kotak tu sambil niat kalau saya mati dalam masa terdekat, harap-harap duit tu dapat membantu meringankan azab api neraka kelak. Maklumlah, time tu fikir kalau mati, confirm masuk neraka sebab jauh sangat dengan Allah. Duit derma seringgit itu seolah-olah pembakar semangat untuk saya berubah. Semenjak dari hari itu, saya bertukar 180 darjah. Saya bukan setakat melakukan ibadat yang wajib tetapi segala yang sunat pun saya tibai. Keinsafan mula timbul time tu. Saya cuba dekatkan diri dengan Allah sebanyak yang boleh. Percaya tak kalau saya beritahu, semenjak dari hari saya keluarkan derma sehinggit tu, hidup saya semakin hari semakin baik. Tetiba KPMG (firma audit gergasi) telefon offer saya kerje. Tak di sangka-sangka. Selang beberapa tahun, saya mendapat jawatan sebagai Accountant di sebuah syarikat awam (public listed company). Time tu gaji dah 5 angka. Daripada 3 angka ke 5 angka dalam masa 2-3 tahun. Besarnya kuasa Allah. Kemudian saya buka firma sendiri, SM Empire Consulting Sdn Bhd sambil sambung belajar MBA dan PhD. Alhamdulillah, hidup saya berjalan lancar bermula dengan derma sehinggit dan sehingga sekarang, saya amat tenang menjalani kehidupan harian.

 

Diharap perkongsian kali ini memberi manafaat dan inspirasi kepada graduan diluar sana yang baru memulakan kehidupan terutama para accountant yang mengejar status CPA. Anda boleh menghubungi kami sekiranya ingin mendapatkan perkhimatan yang berkaitan di laman web kami www.ahmadmunirabdullah.com atau LIKE page kami di https://www.facebook.com/abuumar15/

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *